
“Apabila seseorang hamba itu meyakini bahawa segala apa yang dimilikinya
adalah milik Allah semata-mata maka di situ akan lahir penyerahan hati padaNya dalam segalaNya.
Dan tidak ada yang lebih berharga selain daripada ridhaNya, tidak ada yang lebih bahagia selain daripada cintaNya dan tidak ada yang lebih bermakna dalam kehidupan di dunia ini selain hidayah.”