Teringat kisah yang diceritakan oleh seorang Sheikh

Ada seorang lelaki kerja di UAE meminta ayahnya carikan isteri & mempersiapkan pernikahannya. Lalu, ayahnya yang soleh memilih seorang wanita solehah yang berkualitas tapi tak cantik. Setelah lelaki itu tiba di Mesir, lalu dia disambut & dengan segala persiapan pernikahan.

Kemudian dia & isterinya dibawa kedalam ruangan, ketika isterinya membuka tabir wajahnya. Lelaki itu terkejut..dia terkejuttt. “Inikah isteri aku yang dipilih oleh ayah ? Dia tak cantik.! dia tak cantik.” Setelah bertahun lamanya menunggu untuk Menikah dengan semangat yang membara, tapi kini dirinya kecewa.! lalu dia pun tertidur

Lalu si isteri pun mengejutkan si suami yang beremosi tadi & si isteri berkata, aku tahu dirimu kecewa kerana aku tidak secantik seperti wanita lain, tapi aku ingin menikah denganmu kerana hanya mau tergolong dalam Hadis Rasulullah.

Rasulullah bersabda :”Allah merahmati seorang suami ysng bangkit dari sebahagian malam lalu dia Shalat & mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, dia memercikan air ke mukanya. Allah Juga merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya lalu dia Shalat & membangunkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia memercikan air ke mukanya”. (HR.Abu Daud)

Wallahi !! Aku sangat berterima kasih kepada kau kerana menerima permintaanku ini. Aku dulu sedikit putus asa bahwa aku tak akan menikah, kerana aku tahu aku tidak cantik. Dapatkah kini kau memenuhi hadis ini denganku? Dapatkah kau bangun & mengimami solat bersama ku ? Solat Tahajjud bersama? Lalu lelaki itu bangun & mengimami solatnya.

Lalu sahabat sekalian, lelaki ini bersumpah Demi Allah, bahawa ketika selesai dia solat tahajjud, mengimami solatnya, & dia melihat isterinya seolah-olah dialah wanita yang paling CANTIK didalam dunia

Begitulah kisahnya, maka saya nasihatkan, janganlah kita semua terpengaruh dengan kisah drama film di TV & sebagainya. Cinta Suci hanya sampai ke hati karena Allah, dan syaratnya kita semua mesti taat kepada Allah, & kini lelaki dalam kisah tadi mempunyai cucu hafiz quran & bakal ulama. MashaAllah

Percayalah,

Tulang Rusuk Tak Akan Tertukar.

TausiyahCinta_

Sumber :  @Line Teladan Rasulullah